LEBIH BAIK CEGAH | Edisi 23 November 2023

TAJUK : SEGMEN LEBIH BAIK CEGAH : DAUN PEROSAK

Khairul terlelep di ruang tamu kerana penat bekerja seharian. Melihat keadaan ayahnya yang penat, Daniel menyediakan air minuman untuk ayahnya. Apabila ayah Daniel minum air tersebut ia terkejut kerana rasanya pelik. Selepas mengetahui cerita dari Daniel bahawa datuknya mengatakan air ini menjadikan seseorang bertenaga dan kuat, ayahnya berasa sangat risau dan mengambil keputusan untuk memperbetulkan semula persepsi Daniel yang telah salah. Apa yang dilakukan oleh Khairul untuk membantu Daniel faham bahaya dan kesan air tersebut ?

Jom ikuti kisah kali ini berkenaan salah faham yang sering berlaku pada kita berkenaan โ€˜daun perosakโ€™ dalam Drama Tirai Semalam. Tayangan Ekslusif dari Arkib AADK sebuah naskah ulang siar Dokudrama ‘Tirai Semalam (2010)’ terbitan Agensi Antidadah Kebangsaan dengan kerjasama Suhan Movies arahan Haris Kadir (FDAM). Dokudrama diterbitkan sebanyak 26 episod, kisah dari fail AADK. Dokudrama ini telah ditayangkan di TV9 pada tahun 2010.

๐Ÿ“š Hubungi talian hotline AADK :Talian Bebas Tol 1-800-22-2235 / 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaanย danย aduan.

Accessibility Toolbar