LEBIH BAIK CEGAH | Edisi 21 Mac 2024

TAJUK : SEGMEN LEBIH BAIK CEGAH : RACUN DAN PENAWAR

๐Ÿ“š Sabri seorang anak sulung yang taat dan bertanggungjawab dalam menjaga adik-beradik yang lain. Namun kelemahan Sabri adalah seorang yang sangat baran dan tidak dapat megawal emosi. Adik-adik selalu menjadi mangsa untuk dia melepaskan emosinya itu. Ayahnya pula sering memarahinya dan selalu melebihkan adik-adik. Seperti ada sinar, dia bertemu dengan kekasih yang dapat menjadi tempat bersandar kasih dan menghilangkan tekanan. Namun jodoh tidak kesampaian dan hubungan mereka berakhir.

๐Ÿ“š Peristiwa ini meninggalkan kesan yang dalam terhadap Sabri sehingga dia rasa seperti putus harapan. Mampukah Sabri bangkit dari kekecewaan yang dialami? Apakah pengakhiran kisah Sabri?

๐Ÿ“š Jom ikuti kisah kali ini yang bertajuk โ€œRacun Dan Penawarโ€ dalam Drama Tirai Semalam. Tayangan Ekslusif dari Arkib AADK sebuah naskah ulang siar Dokudrama ‘Tirai Semalam (2010)’ terbitan Agensi Antidadah Kebangsaan dengan kerjasama Suhan Movies arahan Haris Kadir (FDAM). Dokudrama diterbitkan sebanyak 26 episod, kisah dari fail AADK. Dokudrama ini telah ditayangkan di TV9 pada tahun 2010

๐Ÿ“š Hubungi talian hotline AADK :Talian Bebas Tol 1-800-22-2235 / 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan.

#DadahTerkawal2025 #LebihBaikCegah #TakPerluStimGuys #KeluargaMadani #KitaDemiNegara

Accessibility Toolbar