LEBIH BAIK CEGAH | Edisi 21 Disember 2023

TAJUK : SEGMEN LEBIH BAIK CEGAH : ANTARA LAKONAN DAN REALITI

๐Ÿ“š Matlamat tidak menghalalkan cara begitu lah yang berlaku kepada kepada Remy. Kerana hendak menghayati watak dan menjadi popular beliau mencari pelbagai rujukan untuk membawa watak sebagai seorang penagih dadah. Berasa tertekan dengan desakan daripada pengarah yang mahu Remy memberikan sehabis baik, dia mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut.

๐Ÿ“š Populariti Remy semakin meningkat apabila telah berjaya menjiwai watak tersebut. Melambung-lambung pujian yang diterima Remy daripada pengarah dan juga peminat. Apakah jalan yang dicari oleh Remy. Adakah Remy mengambil dadah untuk menghayati watak? Adakah jalan yang dipilih oleh Remy ini akan berjaya mengekalkan kemegahan yang dinikmatinya sekarang?

๐Ÿ“š Jom ikuti kisah kali ini berkenaan realiti yang sering berlaku pada anak seni kita berkenaan โ€˜Antara Lakonan Dan Realitiโ€™ dalam Drama Tirai Semalam. Tayangan Ekslusif dari Arkib AADK sebuah naskah ulang siar Dokudrama ‘Tirai Semalam (2010)’ terbitan Agensi Antidadah Kebangsaan dengan kerjasama Suhan Movies arahan Haris Kadir (FDAM). Dokudrama diterbitkan sebanyak 26 episod, kisah dari fail AADK. Dokudrama ini telah ditayangkan di TV9 pada tahun 2010

๐Ÿ“š Hubungi talian hotline AADK :Talian Bebas Tol 1-800-22-2235 / 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaanย danย aduan.

#DadahTerkawal2025 #LebihBaikCegah #TakPerluStimGuys #KeluargaMadani #KitaDemiNegara

Accessibility Toolbar