LEBIH BAIK CEGAH | Edisi 15 Jun 2023

SEGMEN LEBIH BAIK CEGAH : HANYA MEREKA YANG TAHU

📚Khairul seorang majikan di sebuah bengkel kereta yang berjaya. Khairul mempunyai stigma negatif kepada penagih dadah kerana rakannya pernah hilang barang di bengkel akibat mempunyai pekerja yang terlibat dengan penagihan dadah. Disebabkan ini Khairul telah menolak permohonan seorang individu yang ingin bekerja di bengkelnya hanya kerana dia seorang bekas penagih. Disangkakan panas berpanjangan rupanya hujan di tengahari itu lah nasib yang menimpa Khairul bila perniagaan bengkelnya terpaksa ditutup akibat hutang yang tinggi. Merasa terpukul dengan dugaan yang diterima, Khairul mula mengasingkan diri dan tertekan kerana ketika susah ramai rakan-rakannya hilang. Bagaimana hubungan Khairul dengan isterinya dan apa kesudahan kehidupan Khairul? Mampukah dia memperbetulkan semula kehidupannya? Saksikan Tirai Semalam kisah bertajuk Hanya Mereka Yang Tahu.

📚Tayangan Ekslusif dari Arkib AADK sebuah naskah ulang siar Dokudrama ‘Tirai Semalam (2010)’ terbitan Agensi Antidadah Kebangsaan dengan kerjasama Suhan Movies arahan Haris Kadir (FDAM). Dokudrama diterbitkan sebanyak 26 episod, kisah dari fail AADK yang berkisarkan konflik keluarga, stigma masyarakat, suka duka kehidupan mereka yang terlibat dengan penagihan dadah dan kesan penagihan dadah kepada keluarga dan masyarakat. Dokudrama ini telah ditayangkan di TV9 pada tahun 2010.

📚Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau Talian Bebas Tol 1-800-22-2235 (AADK).

Accessibility Toolbar