LEBIH BAIK CEGAH | Edisi 10 Julai 2023

TAJUK : SEGMEN LEBIH BAIK CEGAH : LEBIH BAIK CEGAH

Henry hanyalah seorang remaja yang terperangkap di dalam dilema kehidupan. Terpaksa berdikari dengan kudrat yang ada untuk meneruskan hidup, Henry terhimpit dengan tekanan yang datang dari setiap sisi kehidupannya. Kawannya sering mencadangkannya untuk menghilangkan tekanan yang dia rasakan menggunakan dadah namun Henry tetap kuat dan menolak semua ajakan tersebut secara baik. Sampailah pada satu masa, Henry terserempak dengan sekumpulan samseng sehingga terjadi pergaduhan antara mereka. Ibarat jatuh ditimpa tangga dengan masalah yang datang silih berganti Henry semakin buntu. Apakah kesudahan hidup Henry? Mampukah dia keluar daripada segala masalah yang dihadapinya? Saksikan kisah Addicted.

Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau Talian Bebas Tol 1-800-22-2235 (AADK).

Accessibility Toolbar