KHABAR DARI PTJ PUSPEN GAMBANG | Edisi 16 DISEMBER 2022

KHABAR DARI PTJ PUSPEN GAMBANG

Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Gambang, Pahang menjadikan kemahiran penghasilan produk ternakan ikan keli sebagai salah satu kaedah Rawatan dan Pemulihan dari penyalahgunaan dadah.

Ia turut dikenali sebagai Terapi Pekerjaan yang mana turut melatih klien PUSPEN Gambang mempunyai kemahiran dalam seni penghasilan projek ternakan ikan keli bagi membantu mereka dalam proses kepulihan.

Menariknya lagi, ternakan ikan keli di PUSPEN Gambang turut dipasarkan di pasaran tempatan dan menjadikan klien peluang mencari sumber kewangan halal apabila bebas kelak.

Ikuti perkongsian lanjut PUSPEN Gambang menerusi segmen Khabar Dari PTJ untuk siaran edisi 16 Disember 2022.

#DadahTerkawal2025

#LebihBaikCegah

#TakPerluStimGuys

#KDN_TogetherWeAreOne

#KhabarDariPTJ

Accessibility Toolbar