KHABAR DARI PTJ | Edisi 30 Disember 2022

Latihan Kemahiran Vakasional (Bengkel Kayu Moden) AADK Besut AADK Daerah Besut, Terengganu mempunyai 5 unit utama iaitu: 1)Unit Pencegahan

2)Unit Penguatkuasaan dan Keselamatan

3)Unit Rawatan, Perubatan dan Pemulihan

4)Unit Lokap Pusat Tahanan Reman (PTR)

5)Unit Latihan Kemahiran Vokalsional (LKV)

Unit LKV beroperasi di Pusat Integrasi Klien (PIK), Kg. Air Tawar, Besut di bawah seliaan Ketua Unit (Penolong Pegawai Antidadah S29) dan seorang penyelia bengkel (Pembantu Antidadah S19).

Unit LKV telah menyediakan Latihan Vokalsional “Bengkel Kayu Moden” bagi memberi pendedahan serta kemahiran “Reka Bina” produk berasaskan kayu kepada klien Orang Kena Pengawasan (OKP).

Ianya juga bermatlamat memberi pendedahan kaedah pemasaran produk bagi menambah sumber pendapatan sampingan kepada klien, peserta projek dan juga kepada AADK Negeri Terengganu sendiri. Dengan tenaga kerja/pelatih seramai 4 orang klien, projek Bengkel Kayu Moden ini telah berjaya menghasilkan beberapa produk kayu.

Program ini telah memberi manfaat yang berkesan bagi melahirkan klien yang berjaya pulih daripada penagihan dadah. Melalui disiplin latihan Vokalsional juga, klien dapat mengurus masalah kewangan yang baik bagi membantu diri serta keluarga menyara hidup.

#AADKTV

#KhabarDariPTJ

Accessibility Toolbar