KHABAR DARI PTJ | Edisi 21 Julai 2023

Kerjasama Rakan Strategik Perkukuh Pelaksanaan Program Pencegahan Dadah Dalam Komuniti

📚 Program Randau Solidariti Komuniti diadakan di Rh. Jimbun, Bawang Assan, Sibu pada 8 Julai 2023. Program anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti melalui Majlis Pembangunan Sosial (MPS) dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Sibu dan Pejabat Daerah Sibu.

📚 Program Ekspo Pendidikan 2023 diadakan di SJK (C) Tong Ah, Selangau pada 8 Julai 2023. Program anjuran Pejabat Daerah Selangau dengan kerjasama Yayasan Sarawak.

📚 Antara aktiviti seperti ceramah, pameran antidadah serta sesi soal jawab bersama penduduk rumah panjang dan pelajar sekolah.

📚 Matlamat pelaksanaan kedua-dua program tersebut bertujuan memberi pendedahan & pendidikan tentang bahaya penyalahgunaan dadah kepada setiap lapisan komuniti. Selain itu, tips-tips pencegahan dadah juga dikongsikan kepada masyarakat umum.

📚 Kerjasama seperti ini harus diteruskan dalam mendidik setiap lapisan masyarakat agar mengekalkan komuniti tersebut selamat & bebas daripada sebarang aktiviti penagihan dadah.

📚 Ikuti perkongsian lanjut AADK Sibu melalui segmen Khabar Dari PTJ pada minggu ini.

#LebihBaikCegah #DadahTerkawal2025 #TakPerluStimGuys