Projek Penanaman Cili Fertigasi, AADK Daerah Kuantan
📚 Projek beroperasi di Pusat Integrasi Klien (PIK), Jalan Gambut, Kuantan di bawah seliaan Unit Rawatan, Perubatan dan Pemulihan dan dua kakitangan AADK Daerah Kuantan.
📚 Projek ini menyediakan Latihan dan Kemahiran Asas kepada klien Orang Kena Pengawasan (OKP) bagi memberi pendedahan serta peluang kerjaya kepada mereka dalam bidang penanaman cili fertigasi.
📚 Ianya juga bermatlamat memberi pendedahan kaedah pemasaran produk bagi menambah sumber pendapatan sampingan kepada klien, peserta projek dan juga kepada AADK Daerah Kuantan sendiri.
📚 Projek yang telah dijalankan selama hampir 5 bulan ini telah memberi hasil hampir 54 kilogram cili untuk dipasarkan .
📚 Semoga program ini telah memberi manfaat yang berkesan bagi melahirkan klien yang berjaya pulih daripada penagihan dadah.
📚 Melalui pendedahan projek penanaman cili ini juga, klien diharap dapat mengurus masalah kewangan yang baik bagi membantu diri serta keluarga menyara hidup.