KHABAR DARI PTJ | Edisi 17 Disember 2021

Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Pendang, Kedah telah mengadakan Program Family On Alert bertempat di Kampung Sawa Besar, Pendang.

Program ini diadakan khusus bagi keluarga berisiko dalam bentuk forum untuk berdiskusi tentang peranan dan tanggungjawab keluarga bagi memastikan mereka mendapat kesedaran & pengetahuan berkenaan kesan dadah terhadap kesihatan supaya mereka dapat mengamalkan gaya hidup sihat tanpa dadah.

Antara barisan panel terdiri daripada Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan AADK Negeri Kedah, Zuriati Zainudin; Penolong Pengarah Kanan LPPKN Negeri Kedah, Noor Sazali Mansor dan Dr. Nurul Najwa Sazali daripada Pejabat Kesihatan Daerah Pendang.

Turut diadakan aktiviti mewarna bagi kanak kanak tabika Kemas Sawa Besar.

Jom ikuti AADK:
Instagram: https://www.instagram.com/aadk.malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/aadkmalaysia/
Twitter: https://twitter.com/AADKMalaysiaPenolong Pengarah Bahagian Pencegahan AADK Negeri Kedah

Accessibility Toolbar