KHABAR DARI PTJ | AADK BERSAMA MASYARAKAT PERINGKAT NEGERI SABAH | Edisi 29 Julai 2022

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sentiasa komited dalam usaha menangani permasalahan dadah yang semakin mencabar di negara ini bagi melahirkan Keluarga Malaysia selamat dan sejahtera.

Satu daripadanya penganjuran Hari AADK Bersama Masyarakat sempena Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan 2022 peringkat Negeri Sabah yang dirasmikan Menteri Dalam Negeri II, YB Datuk Jonathan bin Yasin, di Dewan Masyarakat Ranau pada Sabtu.

Matlamat utama program itu adalah untuk memberi kesedaran mengenai ancaman dadah dan merancang pelan tindakan holistik membendung permasalahan dadah khususnya di negeri tersebut.

Sehubungan itu, kerjasama semua pihak menyokong usaha kerajaan secara tidak langsung mewujudkan persekitaran sihat, sekali gus membantu memerangi masalah dadah, substan dan bahan terlarang dalam komuniti masing-masing.

Hadir menjayakan program itu ialah Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon; Setiausaha Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan RELA, KDN, Datuk Musa Bin Sulaiman; Penolong Pegawai Daerah Ranau (Pembangunan) Wakil Rasmi Pegawai Daerah Ranau, Hasinin Kinsim dan Wakil Rasmi Pesuruhjaya Polis Sabah, ASP Jailix Bin Amindang.

Accessibility Toolbar