KENAPA ANAK TERLIBAT DADAH? I Edisi 9 Mei 2022

Ibu bapa jangan jemu mendoakan dan membantu anak-anak sekiranya mereka terlibat dalam aktiviti pelencongan sosial seperti penagihan dadah.

Ibu bapa perlu memahami perkembangan dan kematangan mereka berfikir kerana ada kalanya anak-anak belum matang dalam membuat keputusan, apatah lagi kurang kemahiran untuk menolak ajakan negatif rakan-rakan sebaya.

Justeru, segmen Ask Mr AADK kali ini Pengarah PUSPEN Batu Kurau, Mohamad Nor Musa menjawab soalan daripada ibu bapa yang buntu apabila anak mereka terlibat dengan penagihan dadah.

“Saya telah didik anak saya dengan penuh kasih sayang dan ilmu agama. Dalam ramai-ramai anak, kenapa dia terlibat dengan dadah? Apa silap saya?

Sekiranya individu dikenali menunjukkan perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui Hotline AADK di talian 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

Accessibility Toolbar