IKUTI KISAH ORANG KENA REMAN TERLIBAT DADAH | SELAMI JIWA KAMI | Edisi 9 Ogos 2022

Amir (bukan nama sebenar) mengakui terjebak dengan dunia penagihan dadah sejak berusia 18 tahun.

Bermula dengan tabiat merokok dari umur 12 tahun, pemuda itu kemudiannya ‘berdampingan’ pula dengan pelbagai jenis dadah antaranya ganja, heroin syabu sehingga menyebabkannya ketagihan.

Amir ditangkap oleh AADK ketika sedang asyik menagih dadah di port tatkala isterinya mengandung anak sulung.

Ketika menjalani tahanan reman selama 14 hari, Amir banyak melakukan ibadah bagi memohon keampunan diatas dosa-dosa yang dilakukan.

Ikuti perkongsian lanjut Amir bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Bandar Baharu menerusi segmen Selami Jiwa Kami pada minggu ini.

Accessibility Toolbar