HI AADK | Edisi 8 Disember 2023

✒️ Kelas Pengajian Tahmir dianjurkan oleh Jabatan Islam Negeri Selangor (JAIS) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Selangor. Kelas pengajian di tempatkan di semua daerah di dalam negeri Selangor.

✒️ Kelas tahmir diadakan 2 kali seminggu iaitu pada hari selasa dan khamis.

✒️Peserta untuk kelas tahmir difokuskan kepada klien-klien Agensi Antidadah Kebangsaan.

✒️ Modul bagi kelas tahmir adalah iaitu modul Tazkiyah An Nafs bagi penyucian jiwa.

✒️ Modul-modul ini dipecahkan  kepada 4 tahap iaitu 1 tahap selama 6 bulan seterusnya klien akan mengikuti kelas dalam tempoh 24 bulan.

✒️ Kelas Tahmir diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman kepada klien berkaitan asas-asas Fardhu Ain.

✒️ Modul Tazkiyah An Nafs menerangkan berkenaan akidah, ibadah dan akhlak. Ketiga-tiga elemen memberi kefahaman kepada klien betapa pentingnya ilmu dalam Islam dan memberi pelajaran berkenaan rukun Islam, Rukun Iman, ibadah iaitu solat, puasa, haji dan sebagainya.

Accessibility Toolbar