HI AADK | Edisi 17 Januari 2022

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Putrajaya dengan kerjasama Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Putrajaya komited dalam melaksanakan pelbagai program khususnya aktiviti kerohanian bagi membantu proses kepulihan klien dalam komuniti.

Program ini dilaksanakan bagi membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada klien supaya menjadi individu yang bermotivasi tinggi, berakhlak mulia dan berbudi pekerti tinggi dalam menjalani kehidupan yang lebih baik.

Klien diberikan sokongan dan panduan agar dapat mencapai matlamat kejayaan dalam kehidupan dan kepulihan.

Selain itu, program ini dapat membina hubungan yang rapat antara JKPD dan klien agar memudahkan lagi proses dalam mengatur program dan aktiviti pemulihan dalam komuniti.

Ikuti perkongsian lanjut bersama Ketua Pegawai AADK Putrajaya , YM Nik Mohd Azuran bin Raja Abdullah menerusi segmen Hi AADK pada minggu ini.

Jom ikuti AADK:
Instagram: https://www.instagram.com/aadk.malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/aadkmalaysia/
Twitter: https://twitter.com/AADKMalaysia

Accessibility Toolbar