Dihina, disisih masyarakat kerana heroin… | Edisi 11 Januari 2022

Jika individu lain bangun seawal 6 pagi untuk keluar mencari rezeki, tetapi tidak bagi Din (bukan nama sebenar).

Celik sahaja mata fikirannya tertumpu pada duit, dadah dan tokan (pengedar dadah) semata-mata. Situasi tersebut bukan berlaku sehari dua, bahkan berlarutan lebih tiga dekad.

“Hampir 35 tahun saya terjebak dalam kancah penagihan dadah. Pada peringkat awal saya mengambil ganja sebelum ‘berdampingan’ pula dengan dadah jenis heroin.

“Gara-gara heroin kehidupan saya musnah. Bukan sahaja badan semakin kurus dan muka cengkung, malah ia telah menyebabkan hubungan bersama adik-beradik terjejas.

“Saya juga dicaci, dicemuh dan disisihkan masyarakat setempat kerana mereka bimbang saya membawa penyakit.”

Bagaimanapun, itu cerita lalu. Hari ini bekas klien kelahiran Perak itu berjaya mengekalkan kepulihan selama 15 tahun berkat sokongan keluarga dan komuniti.

Ikuti perkongsian lanjut Din yang kini merupakan pembimbing rakan sebaya (PRS) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bersama AADK Kinta menerusi segmen Selami Jiwa Kami pada minggu ini.

Accessibility Toolbar