PERUTUSAN KETUA PENGARAH AADK

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
DAN SALAM SEJAHTERA.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah Subhanahu wataala kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya kita dapat hidup dalam sebuah negara yang aman dan bersatu dengan pelbagai kaum dan tradisi yang saling menyokong antara satu sama lain. Namun begitu kehormanian dan kestabilan yang kita kecapi ini tidak akan kekal jika kita tidak berjaya mengekang pelbagai gejala sosial yang akan mengancam terutamanya kepada ganerasi muda iaitu seperti permasalahan penyalahgunaan dadah.
Keseimbangan dalam kehidupan dunia tanpa sempadan dengan pelbagai medium teknologi yang digunakan, harus disokong dengan pembinaan jati diri di kalangan generasi agar tidak terdorong dengan gejala yang tidak sihat. Tahun ini kita masih mengekalkan tema yang sama iaitu “Komuniti Kita Tanggungjawab Kita” yang membawa mesej yang berterusan berhubung tanggungjawab dan peranan komuniti untuk mengekang dan menanamkan kesedaran bahaya dadah. Isu penyalahgunaan dadah bukan masalah domestik yang hanya dihadapi di negara ini sahaja malahan seluruh dunia berdepan masalah ini sekali gus menuntut usaha berterusan untuk menyelesaikannya.
Pengekalan tema pada tahun ini memberikan makna yang sangat besar dalam menunjukkan peranan dan tanggungjawab komuniti dalam membantu pihak kerajaan ataupun pihak penguatkuasaan dalam membuat pencegahan mahupun mengekang masalah penagihan dadah di Negara kita umumnya dan di dalam komuniti khususnya amat penting dilakukan bersama-sama. Dengan wujudnya penglibatan komuniti ini akan memberikan kerjasama yang sangat utuh dan bersatu padu bagi membuat pencegahan awal dan mengekang masalah penyalahgunaan dadah ini agar tidak terus menjadi barah di dalam komuniti kita. Ini sejajar dengan cabaran wawasan 2020 yang ketujuh iaitu membentuk masyarakat penyayang dan budaya menyayangi demi kepentingan masyarakat.
Justeru itu, kita harus memberikan pengetahuan dan kefahaman mengenai bahaya dadah, dan menyedarkan ahli komuniti mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam merancang, menggerak dan melaksanakan program dan aktiviti pendidikan pencegahan serta rawatan dan pemulihan dadah sejajar dengan tema Bulan Antidadah pada tahun ini iaitu “Komuniti Kita Tanggungjawab Kita”. Pendekatan secara holistik dan inklusif perlu ditekankan dalam mempergiatkan keterlibatan komuniti dan kolaborasi pelbagai pihak dalam membentuk komuniti yang aktif dan berdaya huni bagi mewujudkan kualiti persekitaran setempat yang aman dan selamat.
Dalam prinsip rawatan dan pemulihan dadah berkesan perlu disepakati adalah tiada rawatan tunggal yang sesuai untuk semua orang. Pemulihan penagihan dadah adalah menjurus kepada komponen Bio, Psiko Sosial dan Spiritual. Justeru itu keseluruhan komponen ini menyokong antara satu sama lain dalam proses pemulihan.
Dengan adanya pengetahuan dan kefahaman mengenai bahaya dadah ini masyarakat boleh menjadi serampang dua mata dalam memberikan maklumat ataupun pengatahuan bukan hanya didalam komuniti mereka tetapi juga kepada komuniti ditempat kerja, komuniti sekolah dan sebagainya. Ianya selaras dengan matlamat Dasar Dadah Negara iaitu untuk mewujudkan Negara dan bangsa Malaysia yang bebas daripada ancaman gejala dadah bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyat dan mengekalkan kestabilan dan ketahanan nasional melalui (5) lima teras iaitu, Pendidikan Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan, Penguatkuasaan, Pengurangan Kemudaratan dan Kerjasama Antarabangsa.
Akhir kata, dalam kita mencanai harapan bagi tahun 2019 ini ingin saya menegaskan bahawa Bulan Antidadah Kebangsaan ini membawa satu wadah dan harapan iaitu Komuniti Kita Tanggungjawab Kita. Oleh itu marilah kita bersama-sama berganding bahu menjadikan ianya satu realiti yang diterjemahkan melalui usaha dan komitmen berterusan agar ganerasi kita di masa hadapan menjadi ganerasi yang bersih dan bebas dari ancaman dadah. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati (Prevention is better than cure).
Sekian. Wabillahitaufiq wal hidayah,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
KETUA PENGARAH
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN

PROGRAM SEMPENA SAMBUTAN BULAN ANTIDADAH KEBANGSAAN 2019

PROGRAM PROMOSI DAN OUTREACH

1 hingga 28 Februari 2019

Kluster

● Perniagaan, Swasta, Akademik & Komuniti (Awam)
● Pengurus Pusat Pemulihan Dadah persendirian, NGO, NPO & Komuniti (OKP)
● Kerajaan

Strategi Pelaksanaan

1. Program TEKAD (Tempat Kerja Bebas Dadah)
● Ujian Saringan Urine
● Ceramah Kempen Antidadah
● Pameran Antidadah
2. Pelancaran Video PSA di MRT
3. Edaran Pamphlet/Poster/Filem Pendek Antidadah
4. Pertandingan Whatsapp Sticker
5. Pertandingan Facebook Like & Followers
6. Kuiz Antidadah
7. Input Teks Ucapan/Talking Point Kempen Antidadah

KEMBARA PERDANA ANTIDADAH (FASA 1)

9 hingga 10 Februari 2019

 

Laluan

Ibu Pejabat AADK → Gombak → Temerloh → Kuantan → Gambang → Felda Keratong 3 → Ibu Pejabat AADK

Peserta

● 20 orang kenderaan bermotor
● Peserta di semua lokasi melibatkan Pusat, Komuniti dan OKP

Pengisian Kembara

1. Sesi bertemu OKP/Alumni yang telah berjaya
2. Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
3. Program di setiap lokasi terpilih
4. Sumbangan Tabung Amanah AADK

FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM

21 Februari 2019

Lokasi

Dewan Masyarakat Seri Bonus, Setiawangsa, Kuala Lumpur

Ahli Panel dan Moderator

1. YBhg. Dato’ Dr. Hj Mohd Izhar Arif bin Mohd Kashim
2. Ustazah Noor Laila Aniza Bt Zakaria
3. Imam Muda Al-Fadhil Ustaz Muhammad Asyraf Bin Mohd Ridzuan
4. Al-Fadhil Ustaz Mohd Hariri bin Mohammad Daud (Moderator)

Pengisian

● Forum bertajuk “Komuniti KitaTanggungjawab Kita” dan “Terang Dalam Kelam”
● Persembahan nasyid
● Pameran dan jualan

Sasaran

1100 orang

KHUTBAH JUMAAT ANTIDADAH

22 Februari 2019

Lokasi

Masjid seluruh negara

MAJLIS PELANCARAN BULAN ANTIDADAH KEBANGSAAN 2019

22 Februari 2019 (Jumaat)

jam 7.30 hingga 11.45 malam

Lokasi

Dataran  Istana Kehakiman,  Presint 3, Putrajaya.

Tetamu Kehormat

YAB Perdana Menteri Malaysia dan YB Menteri Dalam Negeri

Pengisian Majlis

● Ucapan Perasmian Bulan Antidadah Kebangsaan
● Pelepasan Putrajaya Fun Ride Against Drugs 2019
Pameran dan jualan
● Persembahan dan cabutan bertuah.

Sasaran

1,000 peserta

PUTRAJAYA FUN RIDE AGAINST DRUGS 2019

22 Februari 2019 (Jumaat)

jam 7.30 hingga 11.45 malam

Lokasi

Dataran  Istana Kehakiman,  Presint 3, Putrajaya.

Tetamu Kehormat

YAB Perdana Menteri Malaysia dan YB Menteri Dalam Negeri

Sasaran

4,000 peserta

KEMBARA PERDANA ANTIDADAH (FASA 2)

28 Februari hingga 1 Mac 2019

Laluan

Ibu Pejabat AADK → Port Dickson → Bandar Hilir Melaka → Klebang → Pagoh → Ibu Pejabat AADK

Perserta

● 20 orang kenderaan bermotor
● Peserta di semua lokasi melibatkan Pusat, Komuniti dan OKP

Pengisian Kembara

1. Sesi bertemu OKP/Alumni yang telah berjaya
2. Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
3. Program di setiap lokasi terpilih
4. Sumbangan Tabung Amanah AADK

 

SIMPOSIUM SAINS PENAGIHAN DADAH KEBANGSAAN

30 April 2019

Lokasi

Dewan Sri Akasia, Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan

Tetamu Kehormat

YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin
Menteri Dalam Negeri

Pengisian Majlis

1. Ucapan Perasmian oleh YB Tan Sri Dato` Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Menteri Dalam Negeri
2. Pembentangan Bertemakan : “Penyalahgunan Dadah Dalam Kalangan Remaja - Pencegahan Melalui Keadah Baharu”
3. Sidang Plenari : “Pendekatan Seimbang Berasaskan Pembuktian”
4. Pameran dan jualan

Sasaran

1000 Peserta

MUAT TURUN

Nota : Fail muat turun berformat .pdf boleh disunting semula menggunakan perisian Adobe Photoshop

ATAS