‘BOLEH SAYA KE PUSPEN SECARA SUKARELA?’ I Edisi 13 Februari 2022

Berdasarkan kajian dijalankan peringkat antarabangsa menunjukkan mereka yang mendapatkan rawatan secara sukarela peratusan lebih tinggi untuk pulih dan kekal pulih.

Individu yang tampil secara sukarela menerima rawatan dan pemulihan lebih kekal pulih kerana mereka hadir atas inisiatif sendiri dan lebih sedia menjalani program rawatan disediakan.

Justeru, kewujudan perkhidmatan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sukarela oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bertujuan menjadi salah satu kaedah menggalakkan individu menghadapi masalah penyalahgunaan dan penagihan dadah untuk tampil secara sukarela.

Segmen Ask MrAADK bersama Pengarah PUSPEN Sungai Besi, Nurshuhaila A. Rahman pada minggu ini menjawab soalan orang awam seperti berikut: “Saya nak berhenti tapi tak tahu cara. Kalau saya terus ke PUSPEN boleh ke? Adakah saya akan ditangkap?

Sekiranya anda atau orang dikenali menunjukkan perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

#DadahTerkawal2025
#LebihBaikCegah
#TakPerluStimGuys
#KeluargaMalaysia
#KitaDemiNegara
#KDN_TogetherWeAreOne
#AskMrAADK

Accessibility Toolbar