BICARA NURANI: AWAS DADAH DI HADAPAN: JOM U-TURN KEMBALI KE PANGKAL JALAN / LEBIH BAIK CEGAH | Edisi 21 Julai 2022

Kerajaan telah mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara sejak tahun 1983. Kini, setelah 38 tahun berlalu, Dadah masih Musuh Nombor Satu Negara kerana ia memberi kesan bukan sahaja kepada diri, keluarga malahan mereka yang berada di sekeliling kita. Oleh yang demikian, sebagai ibu bapa kita perlu mencari suri tauladan yang boleh diikuti dalam memastikan anak-anak dan keluarga tidak berisiko atau terlibat dalam isu penyalahgunaan dadah.

Jom bersama Ustaz Elyas Ismail, Penceramah Motivasi, Pengacara TV dan juga seorang penulis di dalam Bicara Nurani menerusi segmen Lebih Baik Cegah yang berkongsi kisah seorang tokoh sahabat Nabi s.a.w Syaidina Abbad ibn Bishr yang boleh dijadikan suri tauladan kepada semua.

Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

Accessibility Toolbar