“BARANG BAIK ?” | Edisi 10 Mac 2022

Lelaki : Psst…Psst…
Kadir : Ehh…Suara siapa tu?
AADiK : Tak kan pokok boleh bercakap?
Lelaki : Jom layan bang. Try sekali pasti best

Kita mungkin didekati orang tidak dikenali dan mengajak kita mencuba sesuatu yang tidak pasti benarnya. Apa yang perlu kita lakukan? Kita harus fikir dulu sebelum mencuba sesuatu. Pastikan kita menolak dengan baik dan menyediakan alasan untuk berkata “TIDAK”.

Segmen Lebih Baik Cegah membawakan video animasi Aadik dan Kadir, karikatur oleh Ujang yang membawakan mesej santai berkaitan tips untuk mengelakkan situasi berisiko terutama ajakan-ajakan yang boleh membawa kepada masalah penyalahgunaan dadah.

Accessibility Toolbar