ASK MR AADK | KOMITMEN MAJIKAN MEMBANTU MENGEKALKAN KEPULIHAN KLIEN | Edisi 23 Ogos 2022

Tidak ramai majikan berani mengambil klien AADK atau bekas penagih sebagai pekerja mereka kerana risau dengan pelbagai kesan negatif termasuk stigma masyarakat sekeliling yang mengatakan mereka ini sukar pulih dan sebagainya. Setiap manusia ada peluang kedua dan pilihan dalam kehidupan termasuk penagih. Hanya kerana mereka pernah tersalah jalan tidak bermaksud ia kekal begitu. AADK amat menghargai komitmen para majikan yang mengambil bahagian dalam membantu klien (bekas penagih dadah) untuk berkhidmat dan memberi sumbangan dalam sektor pekerjaan. Berada dalam sektor pekerjaan antara faktor yang membantu klien untuk mengekalkan kepulihan mereka.

Segmen Ask Mr. AADK kali ini bersama Pn. Chong Siew Ngoh, Ketua Penolong Pengarah Kerja dan Vokasional, Bahagian Rawatan Perubatan dan Pemulihan, Ibu Pejabat AADK bagi menjawab soalan daripada majikan yang berminat untuk membantu klien AADK untuk berkhidmat dalam sektor pekerjaan.

Jom kita sama-sama mengambil langkah awal sekiranya anda atau orang yang anda kenali menunjukkan perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

Accessibility Toolbar