ASK MR AADK | Edisi 5 Disember 2021

Aktiviti penguatkuasaan yang dilaksanakan AADK adalah bertujuan untuk menolong mereka yang masih belum bersedia tampil secara sukarela untuk menjalani rawatan dan pemulihan daripada penyalahgunaan dadah. Setiap operasi dan tangkapan yang dibuat AADK sekiranya telah disahkan positif akan melalui proses tahanan reman di lokap atau Pusat Tahanan Reman (PTR) untuk tempoh kurang atau tidak melebihi 14 hari. Segmen Ask Mr.AADK kali ini menampilkan En. Khairul Azmi bin Ahmad, Penolong Pengarah Penguatkuasaan, AADK Negeri Kelantan bagi menjawab pertanyaan orang awam berkaitan pengurusan PTR dan juga program yang dilaksanakan kepada Orang Kena Tahan (OKT) seperti berikut:

1) Apakah fungsi lokap atau Pusat Tahanan Reman (PTR) AADK?
2) Adakah keluarga boleh melawat semasa direman dan bagaimanakah pengurusan lokap ketika pandemik Covid-19
3) Bagaimanakah AADK menjaga kebajikan tahanan reman?
4) Semasa dalam lokap apakah program/aktiviti kepada Orang Kena Tahan (OKT)

Jom ikuti AADK:
Instagram: https://www.instagram.com/aadk.malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/aadkmalaysia/
Twitter: https://twitter.com/AADKMalaysia

Accessibility Toolbar