ASK MR AADK | Edisi 21 November 2021

Persekitaran dan situasi keluarga antara faktor yang menyumbang sebelum seseorang individu itu terlibat dalam masalah penagihan dadah.

Semua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan persekitaran rumah, kejiranan dan komuniti selamat dan sejahtera dengan mengambil kisah dan tindakan serta menyantuni kumpulan yang berisiko supaya masalah di atasi diperingkat awal.

Segmen Ask Mr.AADK kali ini bersama Dr. Hadijah Baba, Pengarah AADK Negeri Sembilan menjawab tiga (3) soalan daripada orang awam berkaitan faktor yang membantu kepulihan seseorang klien seperti berikut:

1) Adakah penagihan dadah ini diwarisi?

2) Apakah nasihat daripada AADK jika ingin mengambil anak angkat dari seorang ibu yang menagih dadah?

3) Mengapakah klien AADK kembali menagih dadah dan bagaimana mengelak penagihan semula?

Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

Accessibility Toolbar