ASK MR AADK | Edisi 19 Disember 2021

Keluarga merupakan institusi pendidikan pertama bagi seorang anak mendapatkan pendidikan tidak formal. Di sinilah terbentukmya karakter, sikap, tingkah laku dan nilai seseorang anak sebelum mereka dicorak semula oleh guru sekolah, dipengaruhi rakan-rakan sebaya dan dibuai oleh media sosial serta teknologi maklumat yang tiada sempadan akses pada hari ini.

Dalam konteks hubungan dengan keluarga, faktor pelindung ialah ciri-ciri atau keadaan yang ada dalam keluarga yang boleh membantu seseorang individu berhadapan atau berdaya tindak terhadap cabaran atau risiko dalam hidup.

Segmen Ask Mr. AADK menampilkan En. Mohd Hadith bin Kamaruddin, Penolong Pengarah Pencegahan AADK Negeri Pahang bagi menjawab soalan seperti berikut:
– Bagaimana hendak mewujudkan faktor pelindung dalam diri anak-anak?

Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

Jom ikuti AADK:
Instagram: https://www.instagram.com/aadk.malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/aadkmalaysia/
Twitter: https://twitter.com/AADKMalaysia

Accessibility Toolbar