ASK MR AADK | Edisi 16 Januari 2022

Penagihan dadah diklasifkasikan sebagai satu penyakit yang mengubah struktur otak disebabkan kimia dadah. Bila struktur otak berubah maka berlakulah perubahan psikologi dan tingkah laku individu yang menyebabkan kehidupan inividu berubah daripada kehidupan normal. Sebab itu penagihan dadah perlu dirawat. Pemulihan penagihan dadah memerlukan usaha sepanjang hayat kerana penagihan dadah adalah satu penyakit kronik yang mudah berulang (chronic relapsing disease) dan berpanjangan. Ini bermakna, penagihan dadah ini akan kekal dengan individu yang menyalahgunakannya pada masa yang panjang, di mana terdapat individu yang bergantung dengan dadah untuk hidup.

Namun, individu yang terlibat dalam penagihan dadah ini boleh dipulihkan dan mampu berhenti menggunakan dadah. Segmen Ask MrAADK bersama Dr. Nazira binti Sadiron, Ketua Penolong Pengarah Pemulihan Dalam Komuniti, Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan yang menjawab soalan yang sering diajukan orang awam di media sosial AADK iaitu Mengapakah penagihan dadah sering kali disifatkan sebagai penyakit berpanjangan dan berulang? Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

Accessibility Toolbar