ASK MR AADK | Edisi 12 Disember 2021

Marah dan terkejut adalah reaksi normal ibu bapa sekiranya anak kita terlibat dalam penyalahgunaan dadah ataupun aktiviti yang menjurus kepada pelencongan sosial. Tetapi setiap masalah yang timbul pasti ada jalan untuk menyelesaikannya.
Yang penting kita perlu pastikan ahli keluarga kita yang tersilap langkah dapat kembali ke pangkal jalan.

Kebimbangan, penafian dan takut dipulau oleh ahli keluarga, saudara mara dan kejiranan merupakan antara penyebab/ penghalang individu atau ahli keluarga yang terlibat dengan dadah tidak merujuk/ mendapat bantuan rawatan awal walaupun mereka tahu ada individu dalam keluarga mereka terlibat dengan penagihan dadah.

Situasi ini akan menyebabkan keadaan anak atau ahli keluarga kita semakin parah dan semakin sukar untuk dibantu. Ask MrAADK bersama Pn. Juzailah binti Omar, Penolong Pengarah Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK Negeri Kedah menjawab soalan awam seperti berikut:

Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya ahli keluarga terlibat dalam penyalahgunaan dadah?

Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

Jom ikuti AADK:
Instagram: https://www.instagram.com/aadk.malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/aadkmalaysia/
Twitter: https://twitter.com/AADKMalaysia

Accessibility Toolbar