AMALAN GAYA HIDUP SIHAT DALAM MENCAPAI MATLAMAT, VISI DAN MISI | Edisi 4 Mac 2022

Dalam usaha membanteras permasalahan dadah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah WP Labuan aktif melaksanakan aktiviti-aktiviti riadah seperti senaman, hiking, berbasikal dan sebagainya. Program ini adalah bertujuan untuk menggalakkan warga AADK Daerah WP Labuan menjadikan gaya hidup sihat sebagai satu amalan dalam kehidupan.

Melalui program riadah yang dilakukan di tempat-tempat tumpuan masyarakat umum, pihak AADK Daerah WP Labuan turut melaksanakan program-program pencegahan seperti program Walkabout dan Walking Message.

Program tersebut bertujuan menyalurkan maklumat bahana najis dadah, sekali gus berkongsi perkhidmatan ditawarkan agensi kepada masyarakat setempat.

Ikuti perkongsian lanjut segmen Khabar Dari PTj pada minggu ini.

#DadahTerkawal2025
#TakPerluStimGuys
#LebihBaikCegah
#KeluargaMalaysia
#KDN_TogetherWeAreOne
#AADKTV
#KhabarDariPTj

Accessibility Toolbar