ADUAN ANDA KEUTAMAAN KAMI | Edisi 28 Mac 2022

Setiap rumah dan keluarga disarankan untuk mempunyai nombor hotline Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagai salah satu usaha mencegah berlakunya jenayah berpunca daripada penagihan dadah. Melalui talian hotline ini, orang ramai boleh menghubungi AADK dengan segera sekiranya mendapati bukan sahaja dalam kalangan ahli keluarga mereka tetapi juga jiran tetangga yang mempunyai gejala penyalahgunaan dadah.

Segmen Ask MrAADK bersama En. Hamizan bin Haidzir, Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK bagi menjawab persoalan yang sering ditanyakan di media sosial iaitu; Jika saya membuat aduan penagihan kepada AADK apakah tindakan diambil ? Adakah orang yang diadu terus ditahan? Ingatlah, ia bukan mengenai keluarga kita sahaja tetapi jiran-jiran yang ada gejala, kita buat aduan, bukan kerana kita mahu jaga tepi kain orang lain tetapi mahu membantu mereka.

Jom kita sama-sama mengambil langkah awal sekiranya anda atau orang yang anda kenali menunjukkan perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

Accessibility Toolbar