Tujuan
Program ini bertujuan untuk memastikan kawasan tempat kerja bebas daripada dadah.
Matlamat
Memastikan ini dapat dilaksanakan oleh majikan di semua Sektor Awam dan Swasta merangkumi Sektor keselamatan (Badan Beruniform), Sektor Perkilangan, Sektor Perkhidmatan, Sektor Awam dan Sektor Agronomi mengikut garis panduan dan modul yang ditetapkan oleh AADK .
Objektif
- Memberi pengetahuan mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada majikan dan pekerja;
- Melaksanakan program intervensi pekerja kepada pekerja yang terlibat kepada penyalahgunaan dadah di tempat kerja
- Mendidik majikan dan pekerja mengenai pencegahan penyalahgunaan dadah;
- Memberi kemahiran mengurus masalah penyalahgunaan dadah di tempat kerja kepada majikan dan menyediakan program pemulihan yang berkesan; dan
- Mencegah penyalahgunaan dadah di tempat kerja serta mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat
Kumpulan Sasar
- Majikan sektor awam dan swasta;
- Jawatankuasa Antidadah di tempat kerja; dan
- Pekerja sektor awam dan swasta
Impak Program
Pekerja menyedari mengenai kepentingan Program Pencegahan Tempat Kerja bebas dadah ke arah mencapai sasaran untuk menjadikan diri dan tempat kerja bebas daripada dadah serta mengetahui tentang perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang disediakan oleh AADK.