Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) AADK 2020-2024

PENGENALAN

Pelan Antirasuah Organisasi (Organisational Anti-Corruption Plan (OACP)) AADK 2020-2024 telah dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri pada 10 Julai 2020 bersempena Lawatan Kerja YB Menteri Dalam Negeri ke PUSPEN Dengkil, Agensi Antidadah Kebangsaan.

Pelan Antirasuah ini merupakan satu dokumen dasar antirasuah di peringkat organisasi yang bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan governans, integriti dan antirasuah dalam kalangan warga AADK.

OACP AADK 2020-2024 adalah komitmen dan iltizam Agensi Antidadah Kebangsaan dalam memerangi rasuah dan salah laku integriti demi kesejahteraan organisasi selaras dengan kehendak kerajaan seperti yang telah dinyatakan dalam Pelan Antirasuah Nasional (National Anti-Corruption Plan (NACP)).

Jumlah inisiatif asal di dalam OACP AADK adalah sebanyak 40. Walau bagaimanapun, satu Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) yang diadakan pada 23 Disember 2020 telah bersetuju untuk melaksanakan OACP AADK bermula tahun 2021-2025. Hal ini mengambil kira masa yang diperuntukkan dalam membuat sesi pengenalan dan pemahaman kepada semua peringkat warga bagi memastikan pelaksanaan OACP dapat dibuat dengan berkesan.

Pada masa yang sama, mesyuarat juga bersetuju jumlah inisiatif ini dikurangkan daripada 40 kepada kepada 36 inisiatif. 2 inisiatif telah digabungkan sementara 2 lagi inisiatif digugurkan. 9 inisiatif merupakan inisiatif jangka pendek, 22 inisiatif adalah jangka sederhana dan 5 inisiatif lagi adalah untuk jangka panjang.

KERANGKA OACP

A. 8 Objektif Strategik
  1. Menambah baik pengurusan sumber manusia.
  2. Mengukuhkan sistem pengurusan kewangan dan perolehan.
  3. Meningkatkan keberkesanan pengurusan aset dan stor.
  4. Meningkatkan kecekapan pelaksanaan proses kerja melalui peningkatan profesionalisme dan penggunaan teknologi.
  5. Pemantapan pelaksanaan pengurusan khidmat pelanggan.
  6. Menambah baik proses penyampaian perkhidmatan dan ketelusan dalam pelaksanaan program.
  7. Meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan.
  8. Menambah baik sistem penilaian perkhidmatan pelanggan.

B. 5 Strategi
  1. Meningkatkan kecekapan khidmat pengurusan secara keseluruhannya.
  2. Memantapkan pelaksanaan penguatkuasaan dan keselamatan.
  3. Menambah baik pelaksanaan program pencegahan dan penyampaian maklumat.
  4. Menyedia dan memberikan perkhidmatan yang telus dan professional kepada klien dan orang-orang yang terkesan (significant others).
  5. Memperbaiki mutu perkhidmatan kepada pelanggan aadk secara keseluruhannya.

C. 5 Bidang Keutamaan
  1. Khidmat Pengurusan
  2. Penguatkuasaan dan Keselamatan
  3. Pencegahan
  4. Rawatan, Perubatan dan Pemulihan
  5. Perhubungan Awam

D. 9 Inisiatif Utama (In=Inisiatif)
  1. In 1 :  Menguatkuasakan pusingan kerja (job rotation)dan padanan kerja (job matching)untuk mengelakkan konflik kepentingan (conflict of interest).
  2. In 15: Memastikan perancangan perolehan bekalan dan perkhidmatan adalah mengikut keperluan semasa dengan pematuhan kepada prosedur perolehan, pembekalan dan kontrak secara telus dan adil.
  3. In 16: Mewajibkan pelaksanaan mekanisme pengurusan sistem pemeriksaan dan mengimbangi (check & balance) secara konsisten bagi mengesan dan mengenalpasti kemungkinan berlaku semasa aktiviti:
    • pemalsuan dokumen berhubung apa-apa urusan; dan
    • tuntutan pembayaran yang tidak wajar (improper payment).
  4. In 18: Memastikan semua peraturan dan arahan berkaitan pengurusan aset dan stor dipatuhi bagi memastikan pengurusan aset yang sistematik, menyeluruh dan bersepadu.
  5. In 23: Menambah baik SOP Pengendalian Urin.
  6. In 24: Membangunkan Garis Panduan Pengagihan Bekalan Strip Urin.
  7. In 25: Membangunkan Garis Panduan Pengurusan  Operasi  di  Pusat Hiburan.
  8. In 27: Membangunkan Garis Panduan Penggunaan Alat Komunikasi semasa:     
    • menjalankan pelaksanaan operasi       
    • pelaksanaan pengoperasian di institusi pemulihan                                           
  9. In 35: Memberi pendedahan berkaitan prosedur dalam pemilihan syarikat dan bekalan bagi pelaksanaan program pencegahan di komuniti secara berkala.                                                          

E. Jangka Masa Inisiatif
  • 5 inisiatif Jangka Panjang (5 tahun)
  • 22 inisiatif Jangka Sederhana (3-4 tahun)
  • 9 inisiatif Jangka Pendek (1-2 tahun)

Mekanisme Penyelarasan dan Pemantauan

Laporan Pencapaian Pelaksanaan OACP AADK dibentangkan kepada Pengurusan Tertinggi sebanyak 3 kali setahun melalui Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) AADK.

Penilaian Semula

Setiap inisiatif OACP AADK akan dinilai secara keseluruhannya pada setiap hujung tahun. Pelaksana perlu mengemukakan masalah dan halangan yang dihadapi bagi tujuan penilaian semula sebelum dipersetujui di peringkat Jawatankuasa OACP.

Accessibility Toolbar