KHABAR DARI PTJ | AADK DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA | Edisi 30 September 2022

Program TOT CE di Dewan SK Kampung Pantai Besar, Batu Kurau Perak. Program Dengan Kerjasama Penghulu Kanan Mukim Batu Kurau, Penghulu Mukim Ijok, Guru Besar SK Pantai Besar, KRT Pantai Besar Dan PIBG SK Pantai Besar. Program ini, memberikan ilmu kepada Ketua Komuniti serta Komuniti setempat berkaitan Ilmu Pencegahan Dadah di Dalam Komuniti.

Program Bersama NGO Kami Prihatin Sokmo yang mana mereka adalah antara NGO yang aktif di KBT Batu Kurau, Perak. Peranan NGO amat penting dalam membantu AADK menyebar luas maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah dan isu pelencongan sosial yang lain.

Program Pencegahan Dadah bersama Golongan Belia iaitu Program SKUAD Antidadah dan Program SMART. Program sebegini amat baik bagi menarik minat belia di sekitar Daerah Larut Matang Dan Selama untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman berkaitan tentang bahaya Dadah. Selain itu, Maklumat berkaitan faktor risiko dan faktor pelindung juga perlu ada dalam diri setiap belia bagi mencegah belia terlibat dengan penyalahgunaan bahan terlarang

#DadahTerkawal2025

#LebihBaikCegah

#TakPerluStimGuys

#KeluargaMalaysia

#KitaDemiNegara

#KDN_TogetherWeAreOne

#BeritaAADK

Accessibility Toolbar