Panduan Ibu Bapa & Ahli Keluarga : Anda Perlu Mencegahnya

Adakah anda mengesyaki atau tahu bahawa anak anda menggunakan dadah?

Tindakan segera adalah amat penting. Penggunaan dadah secara kasual boleh bertukar menjadi pergantungan atau ketagihan dadah dan ia mungkin mendorong kepada kemalangan, masalah undang-undang dan jangkitan penyakit seperti HIV/AIDS, Hepatitis dan TB.

Antara langkah intervensi yang boleh diambil adalah dengan mengambiil tindakan berikut:

  • Memantau tingkah laku dan aktiviti anak anda
  • Menetapkan had & peraturan yang lebih ketat
  • Mendapatkan bantuan dan sokongan luar jika perlu
  • Berbincang secara produktif dengan anak anda
  • Bertenang, mendengar dan berkongsi kebimbangan anda dengan orang lain

Muat turun: Toolkit untuk ahli keluarga

Accessibility Toolbar