Seminar Integrity Champion Siri 2 Tahun 2021

Kajang, 14 April 2021 – Seminar Integriti Champion 2021 adalah usaha-usaha pengukuhan integriti berfokus kepada warga AADK. Tujuan utama seminar ini dijalankan adalah untuk memupuk kesedaran berterusan dalam kalangan pegawai dan kakitangan AADK yang bertindak sebagai penyelia di peringkat organisasi berkenaan akauntabiliti, kejujuran dan amanah sama ada di dalam atau di luar waktu bertugas. Ia juga merupakan usaha meningkatkan pengetahuan berkaitan integriti dan tatatertib dalam kalangan warga AADK.

Peserta-peserta Seminar Integriti Champion Siri 2 Tahun 2021 terdiri daripada penyelia di peringkat AADK Ibu Pejabat, Negeri dan Daerah. Dua orang penceramah telah dijemput khas bagi menjayakan seminar ini. Puan Suzilla binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Operasi Perkhidmatan, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam mengulas tajuk berkaitan ”Tatatertib Penjawat Awam dan Revolusi 4.0” dan Kepten (M) Nik Kamaruddin bin Yunoh, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Pengurusan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah bercakap mengenai ”Integrity Champion”. Seramai 250 peserta telah menghadiri seminar kali ini yang disampaikan melalui telesidang.

Accessibility Toolbar