Majlis Persaraan Tahun 2019 Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

(Malay Version)KAJANG, 6 Disember-Majlis Persaraan Tahun 2019 Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah diadakan di Dewan Sri Akasia, Ibu Pejabat AADK yang bertemakan “Sesaat Bersama Seabad Terasa”. Pada majlis tersebut seramai 85 orang pesara di AADK diraikan. Majlis ini diadakan bagi menghargai sumbangan serta jasa yang telah diberikan kepada Agensi ini.

Majlis disempurnakan oleh YDh. Dato’ Sri Zulkifli Bin Abdullah, Ketua Pengarah AADK. Turut hadir sama dalam majlis ini adalah TImbalan Ketua Pegarah Dasar dan pengarah-pengarah bahagian yang lain.

Accessibility Toolbar