Ride Against Drugs @Putrajaya 2020

(Malay Version) Putrajaya, 6 Mac – Sempena bulan Antidadah Kebangsaan AADK telah menganjurkan Ride Against Drugs 2020. Majlis yang diadakan di perkarangan Tapak Anjung Floria, Presint 4  Putrajaya ini telah di meriahkan dengan kehadiran seramai hampir 3000 orang peserta dari pelbagai Negeri. Terdapat beberapa kenamaan yang terlibat dengan acara ini, antaranya Ketua pengarah AADK sendiri. Program ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Jamil Bin Rakon ketua Setiausaha kementerian Dalam Negeri bagi acara perlepasan.

Pelabagai aktiviti menarik yang telah disediakan antaranya persembahan Ikon AADK, Pemeran, Jualan serta cabutan bertuah. Acara ini diadakan bertujuan memupuk semangat gaya hidup yang sihat dikalangan masyarakat malaysia. Ianya bertujuan memastikan masyarkat cakna terhadap kesihatan serta boleh mengisi masa lapang yang berfaedah serta dapat mengelakan daripada melakukan perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepada diri sendiri, keluarga dan masyarkat.

Accessibility Toolbar