(Malay Version) Putrajaya, 18 Februari – Majlis Pelancaran Bulan Antidadah 2020 telah dilancarkan dengan jayanya oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad di dewan Sri Endon, Puspanitapuri Putrajaya. Bertemakan “Kemakmuran dan Kesejahteraan Bersama” dipilih pada tahun ini. ianya sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) yang dilancarkan oleh kerajaan pada Oktober tahun lepas. Kemakmuran negara ini diterjemahkan melalui kebersamaan kita menjalani kehidupan dalam suasana yang harmoni, bebas dari segala gejala sosial yang menjadi ancaman kepada ganerasi muda yang merupakan aset kepada negara yang kita cintai.
Majlis yang telah dihadiri seramai 1500 orang itu terdiri daripada wakil Kementerian, wakil Jabatan dan NGO. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran, isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Mohd Zuki Ali; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abdul Aziz Jaman dan Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah. Pada majlis itu, Tun Dr Siti Hasmah turut dikurniakan Anugerah Khas Tokoh Antidadah. Pemilihan beliau sebagai tokoh Antidadah adalah kerana sumbangan beliau dalam pendidkan pencegahan dadah, pendidikan keluarga dan sosial.