Kursus Kemahiran Kepimpinan & Interaksi Inter Personel Pegawai AADK S48 Dan Ke Atas Tahun 2020

(Malay Version) Port Dickson- 6 Ogos, Agensi antidadah Kebangsaan telah mengadakan satu kursus kemahiran kepimpinan dan interaksi inter personal pegawai AADK S48 ke atas. Program yang dijalankan selama tiga hari ini telah disertai seramai 50 orang pegawai yang terdiri daripada pengarah-pengarah negeri, pengarah pusat dan Ketua penolong Pengarah.

Tujuan utama kursus ini dilaksanakan adalah untuk memastikan pegawai-pegawai kanan agensi dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan aspek kepimpinan dan pengurusan, seterusnya berperanan dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan organisasi. Ini kerana aspek kepimpinan memainkan peranan yang penting dalam melahirkan pegawai agensi yang kompeten dan berdaya saing, dan ia juga dapat meningkatkan kompetensi kepimpinan dalam diri tuan puan.

Selain itu, kursus ini turut memperkasakan sifat kepimpinan disamping melengkapkan pegawai agensi dengan budaya unggul bagi menghadapi cabaran baharu dalam bentuk permintaan dan ekspektasi yang semakin meningkat daripada rakyat dan pihak berkepentingan. Disamping itu, melalui kursus sebegini, pegawai agensi yang profesional, beretika dan berjiwa rakyat dapat dilahirkan.