Hari Terbuka Agensi Antidadah Kebangsaan 2020

(Malay Version) Tampin, 22 Februari 2020 – Sambutan hari Terbuka AADK 2020 telah diadakan di PUSPEN Tampin, Program yang diadakan bertujuan mempromosi perkhidmatan AADK serta berinteraksi dengan pelanggan. Selain daripada itu ianya bertujuan untuk mempromosi pendekatan-pendekatan terkini dalam merawat pulih klien AADK serta memasyarakatkan perkhidmatan teras AADK kepada masyarakat umum.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Low Chee Leong, Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri Melaka. Turut hadir sama pada majlis tersebut Ketua Pengarah AADK, Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik Bukit Aman, Ketua Polis Melaka, Pegawai-Pegawai Kanan AADK, Wakil-Wakil Jabatan serta NGO.

Pelabgai program yang dilaksanakan pada hari terbuka tersbut, antaranya sukan, pemeriksaan kesihatan, jualan produk AADK, ceramah oleh pakar AADK, sesi perkongsian oleh Recovery Person dan banyak lagi. Program ini turut dihadiri oleh penduduk setempat, pelajar sekolah, pelajar universiti dan komuniti setempat.

Accessibility Toolbar