Hari Terbuka AADK dan Perasmian PUSPEN Seri Iskandar

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Hari Terbuka AADK yang bertempat di Seri Iskandar, Perak bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. Hari Terbuka AADK ini diadakan sejajar dengan pembukaan PUSPEN Seri Iskandar yang akan menempatkan klien secara sukarela dan juga outpatient. Hari Terbuka ini merupakan inisatif AADK bersama objektif untuk memberikan peluang kedua bagi mereka yang terlibat dengan penagihan dadah dan menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara sukarela melalui pendekatan klinikal, mesra dan terbuka kepada masyarakat berkaitan permasalahan penagihan dadah.

Hari Terbuka AADK ini akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti lawatan sekitar PUSPEN, saringan psikososial, program bersama OKP dan yang paling menarik, hari terbuka ini juga turut diceriakan dengan kehadiran Pencetus Ummah Yeop dan artis jemputan.

Orang ramai di jemput hadir bagi mendapatkan advokasi serta rujukan berkaitan permasalahan dadah. Penglibatan komuniti dalam memeriahkan lagi majlis ini amatlah digalakkan agar kita semua peka dan cakna terhadap masalah penagihan yang berlaku dalam komuniti kita.

#DadahTerkawal2025

Poster

Accessibility Toolbar