Bengkel Penulisan Antidadah bersama Pengamal Media

(Malay Version)Kuala Lumpur, 16 Julai 2019 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah mengadakan Bengkel penulisan Antidadah. Bengekl yang telah diadakan di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) ini dihadiri seramai 30 orang pengamal media yang terdiri daripada media utama dan media swasta.

Tujuan Bengkel Penulisan Antidadah ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada media berkaitan isu semasa dadah yang berlaku pada hari ini. Ini disebabkan trend penagihan dadah yang telah berubah daripada dadah tradisional kepada dadah sintatik sekaligus membuatkan trend penagihan dadah di negara ini telah berubah bukan sahaja di Malaysia malahan di peringakat global.

Cabaran serta trend penagihan yang berlaku pada hari ini perlu diberikan penekanan agar masyarakat dapat mengetahui situasi sebenar isu dan perkara yang berlaku di negara ini. Media sangat memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan maklumat atau isu yang dibawa sampai kepada masyarakat.

Program yang berlangsung selama satu hari ini dirasmikan oleh YBrs. Tuan haji Mohammad Diah Bin Haji Wahari, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Turut hadir Ketua Pengarah AADK YDH CP Dato’ Sri Zulkifli bin Abdullah. Pada sesi seterusnya diisi dengan tajuk kaedah penulisan berita dan artikel antidadah oleh En Ali Imran dari Agensi Berita BERNAMA. YDH DCP Dato’ Kamarul Zaman bin Mamat dari Jabatan Sisatan Jenayah Narkotik PDRM membincangkan tajuk Cabaran Pengedaran Dadah sebelum diakhiri dengan sesi roundtable dan soal jawab.

Accessibility Toolbar