Ziarah Cakna AADK santuni masyarakat Orang Asli Sungai Tiang

Oleh: Fauzi Suhaimi

JERANTUT, 27 Jun 2022 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menganjurkan Ziarah Cakna di Perkampungan Orang Asli Sungai Tiang, Kuala Tahan, Jerantut, Pahang sempena Kursus Pembangunan Insan dan Pengukuhan Pasukan 2022.

Pelaksanaan program itu bertujuan memupuk semangat kerja berpasukan pegawai AADK dalam menyampaikan perkhidmatan kepada komuniti khususnya kepada masyarakat Orang Asli, mendedahkan pengalaman baharu, memperluaskan keprihatinan dan kebajikan kepada komuniti.

Langkah itu bertujuan agar para peserta terlibat dapat menyelami kehidupan dan permasalahan serta memberi khidmat sosial, sekali gus menyampaikan mesej antidadah kepada Orang Asli di kampung berkenaan.

SANTUNI ORANG ASLI
Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berkesempatan mempamerkan skil bermain permainan tradisional sepak raga pada Ziarah Cakna di Perkampungan Orang Asli Sungai Tiang, Kuala Tahan, Jerantut, Pahang baru-baru ini. – Gambar AADK / MUHAMMAD AMIR ZAHIEN AMRAN

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk sesi ramah mesra AADK bersama komuniti Orang Asli, sukan Keluarga Malaysia, aktiviti mewarna bagi kanak-kanak dan Sahabat Cakna.

Penganjuran aktiviti seumpama itu bersesuaian dengan bidang teras utama agensi iaitu pencegahan serta rawatan dan pemulihan menerusi perkhidmatan Bergerak Rawatan dan Pemulihan Aadah AADK (MRT AADK) yang mengetengahkan konsep โ€˜AADK Kepada Anda’.

Ia secara tidak langsung memastikan mereka yang terjebak masalah penagihan dadah tidak tercicir dan mendapat rawatan serta pemulihan sewajarnya.

Accessibility Toolbar