YB MDN LAWAT PEJABAT UAS AADK

Oleh: Ahmad Ajwad Azman

PANGKALAN KUBOR, 18 Februari 2023 – Sempena program KDN Madani di Kelantan, Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, turut membuat tinjauan di kawasan perairan sempadan Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor, di sini.

Tinjauan perairan itu melibatkan kira-kira lima kilometer dengan menerusi Sungai Golok sempadan Pangkalan Kubor, Malaysia dan Ta’bai, Thailand.

Selesai tinjaun itu, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution berbesar hati singgah di Unit Antidadah Sempadan (UAS) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang turut ditempatkan di kompleks berkenaan.

YB Datuk Seri Saifuddin Nasution turut mendengar taklimat ringkas berkenaan peranan dan gerak kerja UAS AADK yang disampaikan oleh Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon.

Turut serta dalam sesi ramah mesra ialah Pengarah AADK Negeri Kelantan, Rohayu Ahmad dan Ketua UAS Pengkalan Kubor, Raja Suhaludin Raja Mamat.

AADK mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian YB Datuk Seri Saifuddin Nasution kerana berkunjung di fasiliti AADK.

Accessibility Toolbar