Wujud silibus khusus setiap komponen model teras AADK

Oleh: Fauzi Suhaimi

BESUT, 29 Oktober 2022 –  Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Tuan Sutekno Ahmad Belon proaktif untuk memastikan agensi dibawah pimpinannya mewujudkan silibus khas bagi setiap komponen model teras AADK iaitu Model i-Cegah AADK, Model i-Pulih AADK dan Model i-Prihatin AADK.

Perkara itu bagi memastikan setiap komponen yang diketengahkan kepada klien selari untuk seluruh negara selain menjamin keberkesanan dalam usaha merawat pulih klien yang mengikuti program Rawatan dan Pemulihan Dalam Insititusi (RPDI) atau program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK).

Tuan Sutekno turut meluangkan masa menyantuni klien yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan di PUSPEN Besut. – Gambar AADK / Nabil Aziz

Usaha itu juga dilihat lebih sistematik dan tersusun selain berupaya untuk mengikuti perkembangan semasa serta memudahkan perancangan jangka masa panjang.

Beliau berkata demikian ketika sesi amanat Ketua Pengarah AADK bersama warga kerja Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Besut dalam siri lawatan kerja beliau ke Kelantan dan Terengganu.

Terdahulu, taklimat pengoperasian dan gerak kerja PUSPEN Besut telah disampaikan oleh Arzmi Abdullah selaku pengarah.

Dalam masa sama, Tuan Ketua Pengarah turut merasmikan Mini Love Library yang merupakan inisiatif PUSPEN Besut dalam menyediakan ruang bacaan berkonsepkan ‘cafe’ bagi mengisi masa lapang klien dan kakitangan.

Turut hadir mendengar amanat itu ialah Pengarah AADK Negeri Terengganu, Rosland Hussen dan Pengarah PUSPEN Besut, Arzmi Abdullah.

Accessibility Toolbar