Warga AADK diseru terus komited menyampaikan perkhidmatan demi kesejahteraan Keluarga Malaysia

Oleh: Izyan Liyana Mohd Darif

KAJANG, 1 Ogos 2022 – Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Tuan Sutekno Ahmad Belon menyarankan warga agensi agar terus komited melaksanakan tugas diamanahkan kepada masyarakat.

Menurut beliau komitmen melunaskan tanggungjawab dengan baik adalah satu bentuk tindakan seorang penjawat awam yang patriotik demi pembangunan negara dan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Inisiatif tersebut disifatkan wajar khususnya melibatkan tugasan berkaitan pencegahan, merawat pulih dan penguatkuasaan dalam usaha membanteras penyalahguna dadah dan substan di negara ini.

Dalam pada itu sempena Bulan Kebangsaan yang mengangkat tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama, Tuan Sutekno turut menyeru warga kerja AADK menjaga dan memastikan ahli keluarga masing-masing sentiasa berada di bawah lindungan kebajikan dan sejahtera.

Katanya, permulaan menuju ke arah negara makmur, produktif dan membangun adalah bermula daripada anggota keluarga yang berwawasan dan bercita-cita tinggi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan AADK bulan Ogos 2022 di Auditorium, Ibu Pejabat AADK, Kajang, Selangor baru-baru ini.

Hadir sama menyertai ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Dato’ Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin dan pengarah-pengarah bahagian serta kakitangan agensi.

Terdahulu, pada acara sama Tuan Sutekno mengagihkan Jalur Gemilang kepada setiap pengarah bahagian dan kakitangan AADK diberi taklimat mengenai Skim Kesihatan dan Simpanan Berkelompok daripada pihak Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Accessibility Toolbar