Warga AADK Daerah Petaling diminta laksana tugas penuh intergriti, amanah

Oleh: Fauzi Suhaimi

PETALING JAYA, 7 Jun 2022 – Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Tuan Sutekno Ahmad Belon mengadakan lawatan kerja di AADK Daerah Petaling, Selangor pada Selasa.

Dalam sesi lawatan kerja tersebut Ketua Pengarah diberikan taklimat oleh Ketua AADK Daerah Petaling, Mazlinna Kassim yang memfokuskan kepada tiga bidang utama iaitu Rawatan, Perubatan dan Pemulihan, Pencegahan serta Penguatkuasaan dan Keselamatan.

Pada masa sama, Tuan Sutekno meluangkan masa melihat pengoperasian, meninjau fasiliti pejabat dan beramah mesra bersama warga AADK daerah berkenaan.

Selain itu, beliau turut menyampaikan amanat, nasihat dan teguran kepada kakitangan agar dapat melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan integriti.

Secara ringkas, Petaling adalah daerah terbesar di Selangor dengan populasi penduduk seramai 2.2 juta dengan keluasan 484.32 km persegi. Daerah tersebut mempunyai lapan Parlimen, 16 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan enam Mukim.

Turut bersama ialah Pengarah AADK Negeri Selangor, Nazir Mohammad.

Accessibility Toolbar