Oleh: Fauzi Suhaimi
KOTA BHARU, 19 Februari 2023 – Agensi Antidadah Kebangaan (AADK) Negeri Kelantan menyantuni peniaga dan pengunjung di Pasar Siti Khadijah, di sini melalui aktiviti walkabout sempena Peringatan Hari Antidadah 2023.

Program yang diadakan serentak seluruh negara mengetengahkan tema Lebih Baik Cegah melalui mesej Pencegahan Dadah Bermula di Rumah.
Pelbagai aktiviti diadakan antaranya Facebook live serentak di 14 negeri, ‘walking message’, pameran pencegahan dadah, permainan interaktif dan program bersama Sukarelawan Skuad Antidadah.

Aktiviti itu turut disertai pelbagai pihak antaranya Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Pemimpin Komuniti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Ikon Antidadah.
Hadir sama menyantuni warga Kelantan ialah Pengarah AADK Negeri Kelantan, Rohayu Ahmad, Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB, Ropein Hassan dan Presiden Sukarelawan Skuad Antidadah Kebangsaan, Mohammad Afiq Farhan bin Mohd Hanipha.