
Oleh : Unit Integriti
IBU PEJABAT AADK : Sempena meraikan Hari Integriti Peringkat Kebangsaan yang diraikan pada 5 November setiap tahun, Unit Integriti AADK telah menganjurkan Wacana Integriti AADK 2017 pada 24 Oktober 2017 (Selasa) bertempat di Auditorium,Ibu Pejabat AADK. Wacana ini diadakan bertujuan untuk mempertingkatkan dan memperkukuhkan nilai-nilai integriti dalam kalangan pegawai dan kakitangan AADK. Bertemakan ‘Integriti Di Hati Ku’, wacana ini telah dihadiri oleh seramai 202 pegawai dan kakitangan AADK serta jemputan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Pelbagai informasi penting telah dapat disalurkan sepanjang program ini oleh 2 orang penceramah tersohor. Penceramah pertama adalah YBhg. Dato’ Sri Hj Zakaria bin Haji Jaffar, Pengerusi Yayasan Anti-Rasuah Malaysia dengan tajuk ‘Say No To Rasuah-Jom Mantapkan Maruah’. Penceramah kedua adalah YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Nor bin Mamat, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM. Barisan penceramah telah menarik perhatian peserta yang hadir dengan memberi pengertian yang luas berkaitan integriti daripada pelbagai sudut. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Yayasan Anti-Rasuah telah sudi membuka kaunter penerangan pada hari tersebut. Program ini juga diserikan dengan gerai jualan produk-produk institusi iaitu nenas, kopi, sayur-sayuran, biskut, kopi dan lain-lain. YBhg. Dato’ Dr Abd. Halim bin Mohd. Hussin, Ketua Pengarah AADK, telah sudi untuk meluangkan masa bersama-sama memberikan ucapan aluan seterusnya merasmikan wacana ini. Wacana ini juga telah dapat memupuk jalinan perhubungan yang mesra antara semua pegawai dan kakitangan AADK dan jemputan yang menyertai program ini.