Tuan Sutekno Ketuai Delegasi Malaysia Sertai ASOD ke-42

Oleh:  Izyan Liyana Mohd Darif

KAJANG, 30 September 2021 – Malaysia telah menyertai Mesyuarat ASEAN Senior Official on Drug Matters (ASOD) ke-42 pada 14 September lalu.

Mesyuarat anjuran Lao National Commission for Drug Control (LCDC) Lao PDR yang diadakan secara telesidang itu turut disertai 10 buah negara ASEAN.

Ia merupakan mesyuarat berkala secara tahunan dihadiri barisan ketua Agensi Antidadah negara-negara anggota ASEAN dan para pegawai relevan.

Penyertaan Malaysia dalam mesyuarat berkenaan amat penting bagi meningkatkan kerjasama dalam kalangan negara anggota ASEAN perkara berkaitan dadah.

Delegasi Malaysia telah diketuai Tuan Sutekno Ahmad Belon, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bersama delegasi lain iaitu Tuan Azmi Mustafa, Pengarah BPK AADK; Tuan Zainuddin Abdullah, Pengarah BPC AADK; Puan Nur Diyana Jamaludin, Penolong Pengarah BRPP AADK dan Encik Muhamad Ramlan Syed Ahamed, Penolong Pengarah Unit Antarabangsa AADK.

Sehubungan itu, pelbagai perkara dibincangkan antaranya melibatkan Pembentangan Laporan Negara oleh setiap negara ASEAN berhubung situasi semasa masalah dadah.

Ini termasuklah, taklimat mengenai aktiviti ASOD seperti penganjuran mesyuarat ASOD, mesyuarat ASEAN Airport Interdiction Task Force (AAITF), mesyuarat ASEAN Seaport Interdiction Task Force (ASITF)dan mesyuarat ASEAN Drug Monitoring Network (ADMN) serta laporan ASEAN Drug Monitoring (ADM) Report 2020.

Mesyuarat ASOD ke-42 berjalan lancar dan mencapai tiga keputusan utama yang mana negara ASEAN dialu-alukan mengemaskini maklumat berkaitan ASEAN Work Plan 2016-2025 dan ASEAN Cooperation Plan 2020-2022.

Selain itu, negara ASEAN juga perlu mengemaskini laporan dan melengkapkan laporan ASEAN Drug Monitoring Report 2020. Tidak ketinggalan pengumuman cadangan untuk mewakili ASEAN ke Commission on Narcotics Drug (CND) oleh Singapura dan Indonesia bagi tahun 2024.

Tuan Sutekno (kiri) mengetuai Delegasi Malaysia pada Mesyuarat ASEAN Senior Official on Drug Matters (ASOD) ke-42 yang diadakan secara telesidang September lalu.

Accessibility Toolbar