Takut itu perkara biasa apabila kita melalui sesuatu pertandingan. Ketakutan ini boleh diuruskan dengan ilmu, latihan dan persediaan yang betul supaya ia dapat menghilangkan kegugupan. Razi yang agak gugup semasa menanti giliran mempersembahkan tarian. ‘Ingat jangan tak cuba. Ia boleh buat kau hilang rasa gugup dan takut. Aku bagi free je ni. So contact aku kalau nak lagi…’ itulah janji kawan yang baru dikenali oleh Razi. Apakah yang terjadi pada Razi? Ketahui info dadah perangsang dan kesannya.
Dihukum Dengan Mata, Aku Bisa Menerima,
Dihukum Dengan Kata, Aku Tetap Mendengar,
Dosa-Dosa Silam Mengubah Hidupku,
Dan Ku Leraikan Dalam…….Tirai Semalam
Saksikan episod ‘Tarian Asyik’. Moga ulang siar dokudrama ini menjadi pengajaran dalam mencegah diri, keluarga dan masyarakat dari permasalahan dadah. #LebihBaikCegah Tayangan Ekslusif dari Arkib AADK sebuah naskah ulang siar Dokudrama ‘Tirai Semalam (2010)’ terbitan Agensi Antidadah Kebangsaan dengan kerjasama @SuhanMovies arahan Haris Kadir (FDAM).
Dokudrama diterbitkan sebanyak 26 episod dari kisah dari fail AADK yang berkisarkan konflik keluarga, stigma masyarakat, suka duka kehidupan mereka yang terlibat dengan penagihan dadah dan kesan penagihan dadah kepada keluarga dan masyarakat. Dokudrama ini telah ditayangkan di TV9 setiap Sabtu & Ahad ( 11.00 -11.30 pagi) pada tahun 2010.
Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.