TIGA PERKARA YANG AKAN MEROSAKKAN HIDUP | SEGMEN LEBIH BAIK CEGAH | Edisi 18 November 2022

Semua agama melarang perbuatan berbahaya dan memberikan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain di persekitarannya, sama ada keluarga dan masyarakat. Ingatlah, segala apa yang dilarang oleh agama itu ada hikmahnya tersendiri dan kita perlu membina perisai diri supaya tidak terjebak dengan perkara yang dilarang terutama dalam penagihan dadah. Mencegah itu lebih baik kerana sekali terjebak ia akan memberi kesan kepada mereka yang ada disekeliling kita.

Jom bersama Ustaz Mohd Elyas Ismail, Pendakwah dalam Segmen Lebih Baik Cegah yang kerkongsi tentang tiga perkara yang boleh membinasakan seseorang individu jika tidak mencegahnya daripada awal. Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.